Sunday, September 14, 2014

Apa yang ada perlu tahu sebelum menanam pohon kurma

1. Untuk menghasilkan buah kurma, anda perlukan sekurang-kurangnya 1 pohon  kurma jantan dan 1 pohon kurma betina. Agen pendebungaan kurma adalah manusia.

Gambar 1: Contoh Bunga Betina

Gambar 2: Contoh Bunga Jantan


2. Lokasi yang baik untuk penanaman pohon kurma adalah di tempat yang mendapat cahaya matahari tanpa halangan dan mempunyai saliran air yang baik.

3. Pohon kurma boleh hidup walaupun pada musim kemarau, tapi memerlukan air yang banyak terutama semasa berbunga & berbuah.


4. Pohon kurma muda yang baru dipindahkan ke tanah memerlukan penyiraman yang kerap untuk beberapa bulan pertama.



Wednesday, September 3, 2014

Perkembangan pohon kurma Ajwa yang ditanam

Salam.
Gambar di bawah menunjukkan perkembangan pohon kurma Al-Ajwa (juga dikenali sebagai kurma nabi ) yang ditanam. Variety kurma ini berasal dari Arab Saudi, khususnya Madinah.


Gambar 1: Anak pokok kurma Al-Ajwa yang berusia 1 bulan. Kelihatan pucuk/daun mula keluar daripada semaian biji


Gambar 2: Anak pokok kurma Al-Ajwa yang berusia 2 bulan. 

InsyaAllah saya akan update lagi tentang perkembangan anak pokok ini dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.