Pokok kurma boleh dibiakkan melalui 3 cara berbeza iaitu melalui kaedah sulur atau cabang, kaedah tissue culture atau klon dan kaedah semaian biji benih. Melalui entry kali ini, saya akan bincangkan sedikit mengenai ketiga-tiga kaedah ini dan kelebihan dan kelemahan tiap-tiap kaedah tersebut.
1. Kaedah sulur @ tunas @ cabang
Boleh dikatakan kaedah ini adalah kaedah rasmi dalam pembiakan pokok kurma. Kebiasaan pokok kurma dewasa yang berusia antara 10-15 tahun akan mengeluarkan 20-30 tunas anak pokok baru. Walau bagaimanapun tidak semua tunas-tunas ini sesuai ditanam. Sekitar 4-5 tunas sahaja yang sesuai akan dipilih dan dipisahkan daripada pokok induk dewasa setelah tunas tersebut berusia 3-4 tahun. Setelah dipisahkan, anak pokok ini mesti dibesarkan di nurseri dahulu untuk 1-2 tahun berikutnya. Selepas itu, barulah pokok tersebut sesuai untuk ditanam.
Kelebihan kaedah pembiakan ini adalah anak pokok yang terhasil akan mewarisi genetik, sifat & kelebihan daripada induknya. Selain itu, pokok kurma yang terhasil juga akan mengeluarkan buah 2-3 tahun lebih awal daripada pokok yang ditanam melalui biji benih.
Seperti yang kita tahu, kaedah ini tidak sesuai digunakan di negara kita kerana ketiadaan @ kekurangan pokok kurma dewasa yang berkualiti untuk mengeluarkan tunas anak pokok.
2. Kaedah 'tissue culture'
Kaedah ini adalah kaedah moden yang menggunakan teknik klon untuk menghasilkan anak pokok baru daripada sel tisu pokok kurma yang berkualiti. Teknik ini dijalankan di dalam makmal & memerlukan kepakaran dalam penghasilan 'callus' daripada 'tissue' yang diambil.
Antara kelebihan kaedah ini
- anak pokok akan mewarisi genetik, sifat & kelebihan pokok asal.
- boleh dihasilkan dengan skala yang besar
- Pengeluaran tanaman genetik seragam
3. Kaedah semaian biji benih
Kaedah ini adalah kaedah paling mudah antara ketiga-tiga cara pembiakan pokok kurma. Walau bagaimanapun terdapat banyak kelemahan daripada pembiakan melalui kaedah ini.
Kelemahan
- Anak pokok daripada semaian biji benih selalunya hanya akan mengeluarkan bunga setelah berusia 7 tahun
- Pokok betina yang berasal dari benih biasanya menghasilkan buah-buahan yang lewat matang dan berkualiti rendah berbanding dengan pokok kurma daripada kaedah tunas atau klon.
- pokok kurma daripada biji benih tidak mewarisi variasi keturunan daripada induk dewasa.
Kelebihan
- Senang untuk dihasilkan
Konklusi
Jadi untuk mendapatkan pokok kurma yang boleh menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti, kaedah sulur & 'tissue culture' mesti diutamakan.
Pohon Kurma Malaysia
Friday, December 12, 2014
Tuesday, November 25, 2014
Perkembangan Pokok Kurma
Ada beberapa aktiviti dibuat dalam beberapa hari ni. Antaranya snap gambar pokok kurma Tunisia & Ajwa yang hampir mencecah 5 bulan & pindahkan benih kurma baru daripada semaian ke polibeg.
Anak pokok Kurma Tunisia yang hampir mencecah 5 bulan
Anak pokok Kurma Ajwa juga hampir berumur 5 bulan
Benih Ajwa yang baru tumbuh
Benih kurma Safina bentuknya lebih panjang berbanding Ajwa
Benih yang dah dipindahkan.
Monday, November 10, 2014
Perkembangan anak pokok kurma Mariami & Mumtaz
Anak pokok kurma Mariami yang berusia 2 bulan. Biji benih berasal dari Iran.
Anak pokok kurma madu Mumtaz yang berusia 2 bulan. Kurma ini juga berasal dari Iran.
Rata-rata anak pokok sudah mempunyai 2 daun.
Anak pokok kurma madu Mumtaz yang berusia 2 bulan. Kurma ini juga berasal dari Iran.
Rata-rata anak pokok sudah mempunyai 2 daun.
Perkembangan anak pokok kurma yang ditanam
Kurma Ajwa dah berusia 4 bulan
Kurma Tunisia - 4 bulan
Kurma Ar-Rahim - 3 bulan
Tu je setakat ni. Pohon kurma lain seperti mariami & kurma madu mumtaz akan diupdate dalam post seterusnya insyaAllah.
Kurma Tunisia - 4 bulan
Kurma Ar-Rahim - 3 bulan
Tu je setakat ni. Pohon kurma lain seperti mariami & kurma madu mumtaz akan diupdate dalam post seterusnya insyaAllah.
Sunday, September 14, 2014
Apa yang ada perlu tahu sebelum menanam pohon kurma
1. Untuk menghasilkan buah kurma,
anda perlukan sekurang-kurangnya 1 pohon
kurma jantan dan 1 pohon kurma betina. Agen pendebungaan kurma adalah manusia.
Gambar 1: Contoh Bunga Betina
Gambar 2: Contoh Bunga Jantan
2. Lokasi yang baik untuk penanaman pohon kurma adalah di tempat yang mendapat cahaya matahari tanpa halangan dan mempunyai saliran air yang baik.
3. Pohon kurma boleh hidup walaupun pada musim kemarau, tapi memerlukan air yang banyak terutama semasa berbunga & berbuah.
4. Pohon kurma muda yang baru dipindahkan ke tanah memerlukan penyiraman yang kerap untuk beberapa bulan pertama.
Wednesday, September 3, 2014
Perkembangan pohon kurma Ajwa yang ditanam
Salam.
Gambar di bawah menunjukkan perkembangan pohon kurma Al-Ajwa (juga dikenali sebagai kurma nabi ) yang ditanam. Variety kurma ini berasal dari Arab Saudi, khususnya Madinah.
Gambar 1: Anak pokok kurma Al-Ajwa yang berusia 1 bulan. Kelihatan pucuk/daun mula keluar daripada semaian biji
Gambar 2: Anak pokok kurma Al-Ajwa yang berusia 2 bulan.
InsyaAllah saya akan update lagi tentang perkembangan anak pokok ini dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
Tuesday, September 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)